Tuesday 20 September 2011

Suburban issue

Isu Pinggir Bandar Di Malaysia
Isu Kilang Haram
1.   Pengenalan
Industri merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Industri boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu pertamanya industri pertanian dan perlombongan; industri kedua untuk industri pembuatan; industri ketiga ialah industri untuk perkhidmatan dan pengangkutan; dan industri komunikasi dan pengiklanan, penawaran kepakaran, perundingan dan sebagainya. Tanpa sektor perindustrian, negara tidak boleh maju.    Namun isu kilang tanpa kebenaran merupakan masalah yang berterusan tanpa penyelesaian yang jelas di pinggir bandar. Rebakan bandar yang berlaku telah mewujudkan kilang-kilang haram di kawasan pinggir bandar.
            Definisi kilang tanpa kebenaran adalah kilang yang tidak mempunyai lesen, beroperasi di atas tanah yang berstatus pertanian dan tidak memohon kelulusan dari Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah untuk membuat pengubahsuaian kilang. (Pejabat tanah dan galian Selangor). Mengikut akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172) dibawah seksyen 26, pemilik kilang yang membuat pemajuan tanpa  kebenaran boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Selangor merupakan negeri yang mencatat jumlah kilang haram yang tertinggi pada  tahun 2009 iaitu sebanyak 2948 buah kilang.(rujuk gambar 1.1) Isu kilang haram di kawasan pinggir bandar sering mendapat aduan dari penduduk kawasan sekitar kerana aktivitinya yang sering menggangu penduduk. Selain tiu, media massa seperti akhbar juga telah banyak menyiarkan berita mengenai kilang haram namun masalah kilang haram masih tidak dapat diatasi sepenuhnya.(rujuk gambar 1.2)

 
     Gambar 1.2:Keratan akhbar mengenai kilang haram 


2.   Punca berlakunya kilang haram
Pada tahun 2006, isu kilang haram yang berlaku di pinggir bandar adalah sangat serius. Pelbagai alternatif telah digunakan untuk mengatasi masalah kilang haram ini, namun masalah kilang haram ini masih berlaku di setiap negeri. Antara punca berlakunya kilang haram di kawasan pinggir bandar adalah sikap pengusaha yang tamak. Ini boleh dilihat apabila pengusaha / pemaju kilang sengaja membina kilang haram tanpa mendapatkan kebenaran merancang dari pihak berkuasa tempatan. Sekiranya pengusaha tidak mendapatkan kebenaran merancang, mereka tidak perlu bayar cukai yang dikenakan. Cukai bagi kawasan perindustrian boleh di kategorikan sebagai cukai yang mahal sekiranya di bandingkan dengan cukai kawasan lain. Jadi pengusaha yang tamak ini akan membina kilang haram di kawasan pinggir bandar dan secara tidak langsung mereka tidak perlu membayar cukai yang mahal yang dikenakan.
Selain itu, kilang haram juga berlaku disebabkan lokasi kawasan pinggir bandar yang dekat dengan sumber produk. Ini menjadikan kawasan pinggir bandar adalah kawasan yang berpotensi untuk di bangunkan sebagai kawasan industri. Namun, pengusaha membuat pembangunan tanah dengan cara yang salah. Pengusaha membuat kilang haram di mana sahaja yang mereka suka. Sebagai contoh, pengusaha akan membina kilang haram di kawasan yang berdekatan dengan sumber produk. Apabila, sumber produk berada berdekatan dengan kilang, pengusaha mampu untuk menghasilkan produk yang banyak dengan masa yang singkat. Hal ini  jelas sekali menunjukkan, pengusaha akan mendapat keuntungan yang banyak sekiranya membina kilang haram di kawasan pinggir bandar yang berdekatan dengan sumber  produk.
Kesukaran mendapatkan lesen perindustrian juga merupakan salah satu faktor berlakunya kilang haram di kawasan pinggir bandar. Prosedur yang telah di tetapkan oleh pihak berkuasa sangat ketat sehinggakan sukar untuk pemaju mendapatkan lesen dan kebenaran merancang. Prosedur yang terlalu ketat ini menyebabkan pemaju/pengusaha malas untuk mendapatkan kebenaran merancang dan lesen. Jadi, mereka menggunakan cara yang lebih senang iaitu dengan cara membina kilang haram di kawasan pinggir bandar.
Kilang haram tidak semestinya berlaku dikawasan pinggir bandar, ianya juga boleh berlaku di kawasan bandar. Jadi, status tanah juga memainkan peranan terhadap pertumbuhan kilang haram ini. Sebagai contoh, kilang haram yang tidak berada di bawah kawasan pihak berkuasa tempatan mungkin sukar sedikit untuk di kawal. Pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kilang haram yang tidak berada dikawasannya. Jadi, pengusaha akan cuba membina kilang haram di kawasan yang bukan di kawal oleh pihak berkuasa tempatan. Ini menunjukkan bahawa isu kilang haram yang berlaku di kawasan pinggir bandar sukar untuk di kawal. Alternatif baru harus dilakukan supaya masalah kilang haram ini dapat di atasi.   


3.    Kesan kilang haram
Ø  Impak negatif suburbanization
Pencemaran merupakan antara impak negatif yang berlaku akibat dari aktiviti kilang-kilang haram. Hal ini berlaku, apabila sampah-sampah yang di hasilkan oleh kilang tidak diuruskan dengan baik. Kilang haram selalunya tidak mempunyai pengurusan sisa buangan yang sistematik. Pengusaha kilang haram akan bersifat ‘lepas tangan’ terhadap sampah yang dihasilkan demi mengaut keuntungan yang banyak.(rujuk gambar 3.1) Sampah yang terhasil mungkin dibuang atau disalirkan ke dalam sungai dan menyebabkan pencemaran air berlaku. Sekiranya sisa buangan disalirkan ke dalam sungai ianya akan memberi kesan yang buruk terhadap hidupan air. Selain itu, pencemaran udara juga turut menggangu penduduk di kawasan berdekatan dan menyebabkan penduduk tidak selesa untuk tinggal berdekatan. Kilang yang beroperasi secara sah akan menyediakan zon penampan yang mencukupi untuk memastikan aktiviti kilang tidak menjejaskan kawasan persekitaran. Namun begitu, kilang haram tidak mempunyai kebenaran dari pihak berkuasa serta tidak mempunyai zon penampan yang mencukupi. Jadi, penduduk di pinggir bandar yang tinggal berdekatan dengan kilang haram ini akan memberikan kesan buruk kepada penduduk sekitar seperti bunyi bising ataupun pencemaran udara. 

 
Gamabr 3.1 : Pencemaran udara dan pembuangan sisa buangan antara masalah yang  berlaku disebabkan kilang haram

Kilang haram juga akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan. Setiap kilang yang berada di bawah kawasan pihak berkuasa tempatan perlu membayar cukai. Namun begitu, kilang haram yang tidak mempunyai lesen tidak akan membayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan kerana kilangnya tidak berlesen. Jadi, kerajaan terpaksa menanggung kerugian kerana ada kilang haram yang tidak mendaftar, tidak membayar cukai dan menjalankan aktiviti haramnya di kawasan pihak berkuasa tempatan. Hal ini akan menjejaskan ekonomi pihak berkuasa tempatan. Sekiranya masalah kilang haram ini tidak segera tidak atasi mungkin jumlah kilang haram di pinggir bandar akan meningkat. Ekonomi Negara juga tidak dapat meningkat disebabkan adanya kilang haram yang tidak membayar cukai ini.   
Kilang haram selalunya dibina di dalam kawasan hutan untuk mengelak daripada dilihat oleh pihak berkuasa. Selalunya, kemudahan dan infrastruktur seperti jalanraya tidak berada dalam keadaan yang baik dan akan mengakibatkan pelbagai masalah berlaku. Lori adalah kenderaan yang sering digunakan bagi menghantar produk yang dihasilkan oleh kilang haram, jadi sekiranya jalan tidak di turap ianya akan memberi impak yang besar kepada permukaan bumi. Jalan yang rosak dan berdebu antara masalah yang akan berlaku disebabkan sikap pengusaha kilang yang tidak  ingin menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang baik.(rujuk gambar 3.2

 

Gambar 3.2 : Permukaan jalan untuk menuju ke kawasan kilang haram tidak di uruskan   dengan baik

Selain itu, keselamatan pekerja yang bekerja di kilang haram juga mungkin tidak selamat. Hal ini berlaku kerana, kilang haram yang di bina ini tidak mendapat kelulusan dari pada pihak agensi yang berkaitan seperti Bomba, JPS, TNB dan JAS. Jadi kilang haram yang dibina tidak mengutamakan keselamatan pekerja.(rujuk gambar 3.3) Bomba dan JAS adalah antara agensi yang akan mengulas terhadap setiap permohonan kebenaran merancang. Jadi, sekiranya kilang haram ini tidak mendapatkan kebenaran merancang untuk membina kilang bermakna struktur bangunan kilang haram ini tidak berada dalam keadaan yang baik dan mungkin tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. Selain itu, kilang haram ini juga mungkin tidak mempunyai sistem pengurusan sampah dan sistem kumbahan yang sistematik. Ini akan mengakibatkan pekerja bekerja di tempat yang serba kekurangan. Jadi bangunan kilang haram yang dibina ini sememangnya tidak selamat kepada pekerja.
 
Gambar 3.3 : Pekerja bekerja tanpa dengan tahap keselamatan yang rendah


Ø  Impak positif suburbanization
Kilang haram jika dilihat dari segi fizikal sememangnya banyak memberikan kesan buruk kepada penduduk. Namun, terdapat juga impak positif kilang haram ini. Ini dapat dilihat apabila, dengan adanya kilang haram ini, ianya akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di pinggir bandar. Bilangan penggangur di kawasan pinggir bandar juga akan berkurangan dengan adanya kilang haram ini. Secara tidak langsung, kilang haram ini mampu untuk menjana ekonomi kawasan pinggir bandar. Ekonomi penduduk pinggir bandar akan meningkat. Sebagai contoh, sekiranya kilang getah di bina secara haram untuk memproses hasil getah di kawasan ladang getah. Sebenarnya, ianya amat bagus kerana produk akan diproses dekat dengan sumber produk. Walaupun pada mulanya kilang ini dibina secara haram, pengusaha perlulah mendapatkan lesen dari pihak berkuasa tempatan supaya kemudahan dan infrastruktur disediakan secara optima.    


4.   Langkah mengatasi kilang haram di pinggir bandar
Ø  Menjalankan Program Pemutihan Kilang Haram
Program pemutihan kilang haram bertujuan untuk menyelaraskan kembali zoning gunatanah. Ini kerana, terdapat banyak zoning gunatanah yang telah ditetapkan tidak selaras dengan gunatanah semasa.(rujuk gambar 4.1) Jadi program ini dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menyelaraskan kembali gunatanah kawasan yang dijaga. Program pemutihan ini dijalankan secara berperingkat dan ianya mungkin memakan masa yang lama. Di awal peringkat program pemutihan ini, pihak berkuasa tempatan boleh mendidik pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran dengan cara memberi pendedahan terhadap cara-cara untuk mendapatkan lesen perniagaan dan kebenaran merancang. Selepas mendidik beberapa pihak yang berkaitan, program turun padang oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam program pemutihan boleh dilakukan bagi mengesan kilang haram terutamanya di kawasan pinggir bandar. 
 

Gambar 4.1 : Mengadakan program pemutihan bagi mengatasi masalah kilang haram

Ø  Menubuhkan jawatankuasa untuk menangani masalah kilang haram
Penubuhan jawatankuasa bagi menangani masalah kilang haram juga membantu untuk mengurangkan jumlah kilang haram. Sebagai contoh, ‘Industrial Park Management Committee’ (IPMC) merupakan antara jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menangani masalah yang berkaitan dengan kawasan perindustrian. Selain menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kawasan perindustrian jawatankuasa ini juga boleh menyediakan cadangan penyelesaian kepada masalah kilang haram yang berlaku di kawasan pinggir bandar. Jawatankuasa ini akan menjalinkan persefahaman dan kerjasama yang erat antara semua pihak dari sektor swasta dan awam dalam menyelesaikan isu-isu/masalah di taman perindustrian.

Ø  Menempatkan zoning perindustrian
Menempatkan kilang-kilang haram di kawasan perindustrian juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi kilang haram ini. Kerajaan boleh menempatkan zoning perindustrian di sesuatu kawasan. Dengan ini, semua kilang haram yang berada di kawasan pingggir bandar akan di tempatkan di kawasan perindustrian yang terancang.(rujuk gambar 4.2) Kawasan perindustrian yang terancang akan mempunyai banyak kemudahan kepada pengusaha kilang. Jadi masalah seperti pencemaran dapat di kurangkan. Selain itu, keselamatan pekerja juga akan lebih terjamin kerana bangunan mahupun gudang yang dibina mendapat kelulusan dari pakar bangunan.  
 
Gambar 4.2 : Contoh kawasan Perindustrian terancang

Ø  Memudahkan proses kebenaran merancang bagi mendapatkan lesen
Pihak berkuasa tempatan boleh memudahkan proses mendapatkan kebenaran merancang dan lesen perniagaan dengan membuat permohonan secara serentak. Permohonan secara serentak adalah cara yang terpantas kepada pemilik kilang haram untuk mendapatkan lesen. Permohonan lesen secara serentak ini hanya  memakan masa selama 3-4 bulan sahaja. Ianya sangat cepat dan mudah kerana pemilik kilang boleh mendapatkan permohonan kebenaran merancang, permohonan pelan jalan dan perparitan dan permohonan pelan bangunan secara serentak.(rujuk rajah 4.3) Sebagai contoh, pengusaha kilang tidak perlu menunggu sehingga pelan susunatur diluluskan untuk menghantar pelan bangunan. Pengusaha boleh menghantar pelan susunatur dan pelan bangunan secara serentak untuk memendekan masa permohonan mendapatkan lesen. Jadi, dengan permohonan kebenaran secara serentak bagi kilang haram akan menjadikan pengusaha kilang mendapatkan lesen dengan senang dan cepat.  

 

Rajah 4.3 : Carta alir proses permohonan kebenaran merancang secara serentak.



5.   Contoh kilang haram di pinggir bandar di dalam Malaysia
Masalah kilang haram di pinggir bandar banyak mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Di Malaysia, terdapat banyak kawasan kilang haram terutama di negeri Selangor. Pulau Meranti di dalam daerah Sepang telah mencatat jumlah kilang haram yang tertinggi sekali dengan jumlah sebanyak 38 buah kilang.(rujuk gambar 5.1) Terdapat banyak aduan mengenai kilang haram di kawasan pinggir bandar telah diterima. Sekiranya masalah ini tidak diatasi mungkin jumlah kilang haram di kawasan Pulau Meranti akan meningkat. 
 
Gambar 5.1 : Antara kilang haram yang terdapat di kawasan Pulau Meranti

Disebabkan kilang haram di bina di kawasan pentadbiran kerajaan maka Majlis Perbandaran Sepang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini. Pada mulanya, kilang-kilang haram yang di bina di kawasan pinggir bandar di bina di kawasan zoning perumahan. Namun kawasan perkampungan telah bertukar menjadi kawasan perindustrian di sebabkan banyak kilang-kilang haram dibina di kawasan perkampungan tersebut.(rujuk gambar 5.2) Jadi, Majlis Perbandaran Sepang telah membuat keputusan untuk menukarkan kawasan perumahan pinggir bandar kepada kawasan perindustrian dengan alasan kawasan pinggir bandar tersebut mempunyai potensi untuk di bangunkan sebagai kawasan perindustrian.

·     Kawasan perumahan yang menerima      kesan         pembangunan kilang haram
·     Segelintir penduduk telah  berpindah ke kawasan lain kerana tidak  selesa tinggal berdekatan dengan kilang haram
·    Kilang haram berada berdekatan dengan kawasan kediaman
·    Zoning kawasan ini adalah kawasan pertanian.
·    Harga tanah yang muraerana   zoning adalah     untuk perumahan   telah menarik pelabur untuk membuat kilang di kawasan ini.


 

Gambar 5.2 : Gambar udara Kawasan Kg Meranti, Puchong

Penduduk kampung di kawasan Pulau Meranti tersebut terpaksa berpindah kerana tidak selesa untuk tinggal berdekatan dengan kilang haram yang dibina berdekatan dengan rumah mereka. Selain itu, ada segelintir pemilik tanah di kawasan tersebut telah menjual tanah mereka kepada pelabur yang ingin membina kilang di kawasan tersebut. Pemilik tanah yang tidak mampu untuk membayar cukai yang mahal juga telah menjual tanah mereka kepada orang yang ingin membina kilang. Pada masa sekarang, kawasan Pulau Meranti telah di zonkan kepada kawasan industri. Jadi, lama-kelamaan penduduk kampung terpaksa berpindah hasil wujudnya kilang haram pada mulanya.   

    
6.   Kesimpulan
Kesimpulanya, isu kilang haram di pinggir bandar mestilah segera diatasi sebelum lebih banyak masalah yang berlaku di sebabkan kilang haram. Banyak alternatif yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kilang haram ini. Walaupun kilang haram memberikan kebaikan namun kesan keburukan lagi banyak di lihat berbanding kebaikan. Sekiranya, kilang haram ini berjaya ditukar kepada kilang yang mendapat kebenaran maka iainya akan membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi Negara. Jadi, semua pihak haruslah berkerjasama dalam usaha membasmi pemusatan kilang haram di kawasan pinggir bandar agar dapat meningkatkan lagi ekonomi Negara.     


5 comments:

  1. Good try....u r successfully to share good issue that facing by our country today....illegal factory need take an action....n planners need to be more creative in order to plan more suitable and well planned industrial area for future

    ReplyDelete
  2. tq sharl speri... i hope local authority will take drastic action to make the country free from illegal factory...... :)

    ReplyDelete
  3. baca je r... isu hangat di Malaysia nie.... hihihiiii

    ReplyDelete